Hari Rabu Adalah Penting Untuk EU&UK – Apa Yang Sudah Terjadi Pada Perjanjian Brexit?

246

Britain dan Kesatuan Eropah masih lagi berhadapan dengan kebuntuan dalam mencapai persetujuan perjanjian perdagangan pasca-Brexit sebelum 31 Disember. Perselisihan masih berlegar dalam isu persaingan dan perikanan.

Pihak dari Ireland mengatakan bahawa kesepakatan masih boleh dilakukan sebelum Britain meninggalkan Kesatuan Eropah pada 31 Disember. Britain telah melalui tempoh 11 bulan secara rasmi keluar dari EU dan sedang berada dalam fasa peralihan yang membenarkan UK mempunyai akses kepada pasaran tunggal tersebut sehingga akhir tahun ini.

Pasaran kini berada dalam keadaan bingung dengan pelbagai isyarat bertetangan yang datang dari kedua belah pihak. Britain masih belum dapat bersetuju dengan permintaan EU yang menjadi harapan banyak pihak kerana persetujuan perjanjian dapat meringankan risiko pengunduran UK dari EU.

Setiausaha Britain Robert Jenrick memberitahu Sky News bahawa “pada masa ini tidak ada kemajuan yang mencukupi” dalam rundingan tersebut. Perdana Menteri Ireland Micheál Martin mengatakan jurang mengenai seberapa banyak ikan yang dapat ditangkap oleh kapal EU di perairan Britain masih belum dapat mencapai titik temu. Walaubagaimanapun, beliau yakin bahawa persetujuan dapat dicapai bagi mengelakkan risiko ekonomi yang lebih besar.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen telah meningkatkan usaha rundingan dan dijangka akan mengadakan rundingan atas talian yang lain pada hari Rabu.

Johnson disisi lain kembali menegaskan bahawa negara UK sedang dihimpit krisis penularan wabak Covid-19 dan atas dasar itu beliau tidak akan menandatangani perjanjian yang melemahkan kedaulatan Britain.

Sentimen yang positif ini telah berjaya mendorong pengukuhan matawang GBP berbanding US dolar sebanyak 0.60% kepada paras tukaran 1.3440 setakat jam 9.30 p.m.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat