Hari Yang Sukar Menanti Dolar Aussie?

162

Mata wang sensitif risiko, dolar Aussie berdepan minggu yang sukar ketika kebimbangan pasaran terhadap varian baharu Covid-19, Omicron semakin meningkat.

Sebelum ini, Australia merancang untuk mengangkat semula sekatan di sempadannya kepada migran berkemahiran dan pelajar mulai 1 Disember.

Bagaimanapun, pada hari Isnin, Perdana Menteri Scott Morrison mengatakan bahawa mereka akan mengkaji semula cadangan tersebut selepas negara itu melaporkan kes pertama varian coronavirus Omicron.

Pada hari Ahad, dua individu yang tiba di Sydney dari Afrika Selatan telah dilaporkan dijangkiti virus varian tersebut. Susulan itu, kerajaan memerintahkan kuarantin selama 14 hari untuk rakyat yang baru pulang dari enam negara Afrika.

Omicron yang digelar sebagai ‘varian kebimbangan’ oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), berpotensi lebih menular daripada varian sebelumnya. Bagaimanapun, pakar kesihatan masih belum mengetahui sama ada ia akan menyebabkan Covid-19 lebih teruk berbanding varian lain.

Pasaran saham global terjejas teruk susulan kebimbangan ini, dan turut menekan mata wang sensitif risiko ini, selain turut ditambah dengan prospek menyuramkan mengenai pertumbuhan ekonomi pada suku ketiga yang dijangkakan menguncup, menurut tinjauan Reuters.

Pada awal sesi Eropah, dolar Aussie diniagakan sedikit meningkat dari paras terendah hampir 3 bulan berbanding US dolar, dengan didagangkan pada sekitar harga 0.71400.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat