Harinya Telah Tiba, Waspada Dengan ‘Bom’ Jackson Hole!

428

Dolar Amerika sedikit meningkat pada sesi Asia selepas mengakhiri dagangan dengan bercampur-campur pada sesi sebelumnya.

Bacaan yang lebih baik daripada jangkaan dalam data keluaran dalam negara kasar (KDNK) Amerika Syarikat sedikit sebanyak membantu pengukuhan US dolar tetapi pelabur tetap berhati-hati menjelang simposium Jackson Hole yang akan bermula hari ini.

Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan meningkat pada 108.55 berbanding sekumpulan mata wang utama.

Data rasmi menunjukkan anggaran kedua KDNK AS yang telah disemak semula dengan catatan penguncupan 0.6% berbanding penurunan 0.9% yang dianggarkan pada awalnya.

Selain itu, pasaran buruh AS terus menunjukkan pengukuhan dengan tuntutan pengangguran dicatatkan menurun kepada 243,000 pada minggu lepas, mengatasi jangkaan pasaran.

Sementara itu, euro gagal mengekalkan dagangan di atas harga pariti, melihatkannya didagangkan mendatar pada 0.9960 berbanding US dolar pada sesi Asia.

Minit mesyuarat bank pusat Eropah (ECB) menunjukkan para pembuat dasar semakin bimbang dengan inflasi yang tinggi dan berterusan walaupun terdapat risiko kemelesetan di Zon Eropah.

Selain Jackson Hole, penerbitan data perbelanjaan pengguna peribadi (PCE) AS juga akan dijadikan tumpuan oleh pelabur memandangkan ia merupakan ukuran inflasi utama Federal Reserve.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat