Hasil Eksport Malaysia Meningkat 3 Bulan Berturut-turut, Lebihan RM8 Billion Direkodkan

157

Eksport Malaysia bagi bulan Julai meningkat 30.9% kepada RM78.6 billion, lebih daripada jangkaan kaji selidik Bloomberg sebanyak 23%, disokong oleh peningkatan eksport kepada China dan peningkatan terhadap pembuatan produk.

Berdasarkan laporan statistik dagangan luar malaysia oleh Jabatan Statistik Negara, produk elektrik & elektronik (E&E) telah menyumbang sebanyak 35.5% daripada keseluruhan eksport, meningkat 28.3% atau RM6.2 billion kepada RM27.9 billion. Eksport minyak mentah naik 85.4% manakala gas natural cair (LNG) pula meningkat sebanyak 50.8%.

Jabatan statistik juga menyatakan minyak sawit dan produk-produk sawit yang lain telah menyumbang 8.1% daripada jumlah keseluruhan eksport, merekodkan peningkatan sebanyak 12% atau RM684.9 juta kepada RM6.4 billion .

Eksport Malaysia dilihat meningkat lebih cepat berbanding import untuk tiga bulan berturut-turut. Import naik 21.8% kepada RM70.6 billion bagi unjuran tahun ke tahun, dan penyumbang utama pasaran import adalah barang konsumi dan barang perantaraan.

Jumlah dagangan pada bulan Julai meningkat 26.4% kepada RM149.2 billion bagi unjuran tahun ke tahun meningkat 26.4% atau RM31.2 billion berbanding tahun lalu. Lebihan dagangan (Eksport-Import) RM8 billion turut direkodkan, naik RM5.9 billion atau 284.4% berbanding tahun sebelumnya atau peningkatan sebanyak 18.8% (RM1.9 billion) berbanding bulan Jun.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat