Hasil GST Akan Naik Lebih RM42 Billion Jika Pindaan Baru Akta CBP 2014 Berjaya Dilaksanakan

136

Dalam Persidangan GST 2017 yang berlangsung selama dua hari bermula 18 September hari ini, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melaporkan Akta Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (CBP) yang turut dikenali sebagai Akta GST 2014 akan dipinda semula supaya kerajaan boleh mengutip cukai daripada syarikat-syarikat antarabangsa yang menjalankan operasi di Malaysia dalam bentuk digital.

Pengarah Jabatan Kastam, Jeneral Subromaniam Tholasy berkata cadangan pindaan tersebut akan dibentangkan di parlimen bulan hadapan. Bagi mengenakan GST ke atas perkhidmatan mereka, Subromaniam berkata pembekal perlu mempunyai tempat menyimpan barangan, yang mana tidak dimiliki oleh pembekal perkhidmatan digital, jadi tiada cukai yang boleh dikenakan keatas mereka ketika ini.

“Pembekal perkhidmatan digital asing menerima pembayaran terus atas perkhidmatan mereka tanpa sebarang cukai. Jika peruntukan ini berjaya dipinda, kami akan mempunyai asas perundangan untuk mencukai mereka”, kata beliau dalam persidangan GST di KLCC hari ini.

Pencukaian yang dibuat ke atas pemilik perkhidmatan digital asing ini akan meningkatkan pulangan negara di masa hadapan seiring dengan sasaran kerajaan untuk menambah kutipan cukai beberapa billion daripada ekonomi digital. Antara contoh barangan dan perkhidmatan yang akan dikenakan cukai ini adalah pemaju atau penjual barangan perisian (software)  dan penjual barangan di laman membeli-belah dalam talian (online) seperti Lazada dan Alibaba.

Subromaniam turut berkata, tahun ini kerajaan berjaya mengutip hampir RM42 billion hasil GST, lebih RM1 billion berbanding jumlah kutipan tahun yang lalu. Dan hasil kutipan yang meningkat turut mencerminkan perkembangan KDNK negara yang lebih positif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat