Hasil Keluaran Industri UK Catat Pertumbuhan Tertinggi Pada September

90

Berdasarkan laporan data pada hari Jumaat, hasil pengeluaran industri UK mencatat pertumbuhan tertinggi pada bulan September pada tahun ini dan defisit perdagangan yang semakin baik.

Walaupun mencatat pertumbuhan yang bagus, namum terdapat kejatuhan dalam sektor pembinaan. Secara keseluruhan angka laporan tersebut berkemungkinan akan memberi impak tidak baik terhadap keputusan kenaikan kadar faedah baru-baru ini.

Berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan UK (ONS), data tersebut tidak mempengaruhi pertumbuhan ekkonomi UK yang bertumbuh sebanyak 0.4% pada suku tahun ketiga.

Hasil pengeluaran industri dan pembuatan meningkat sebanyak 0.7% pada bulan September. Pertumbuhan ini merupakan pertumbuhan terpantas sejak Disember tahun lepas dan mengatasi jangkaan penganalisis yang mensasarkan peningkatan 0.3% bagi kedua-dua sektor.

Kelauran industri termasuk pembuatan merangkumi 14% pengeluaran ekonomi UK.

Berdasarkan kaji selidik perniagaan sektor swasta minggu lepas, sektor pembuatan UK meningkat pada bulan Oktober namun dihimpit dengan peningkatan inflasi.

Defisit perdagangan barangan UK berkurangan daripada 12.350 billion pound kepada 11.253 billion pada bulan September. Penganalisis menjangkakan defisit perdagangan barangan akan bertambah keapda 12.8 billion pound.

Walaupun data ini positif, namun ia belum cukup untuk menjana pertumbuhan ekonomi UK.

Pada ketika ini terdapat tanda-tanda kecil bahawa eksport UK akan meningkat berikutan kelemahan matawang pound.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat