Hasil Keputusan Minit Mesyuarat Bank Pusat Australia (RBA)- Kadar Faedah RBA Akan Ditingkatkan?

208

Bank pusat Australia melihat terdapat tanda-tanda kecil untuk menaikkan kadar faedah walaupun inflasi masih berada dibawah sasaran dan pertumbuhan upah juga dilihat perlahan.

Ahli-ahli RBA bersetuju bahawa tidak terdapat sebab kukuh untuk mengubah polisi monetari berdasarkan minit mesyuarat.

Namun ahli-ahli RBA juga beresetuju bahawa langkah seterusnya lebih kearah untuk meningkat daripada mengurangkan dengan menjangkakan momentum ekonomi akan dapat dicapai.

Kadar faedah berada pada 1.5 peratus pada Ogos 2016. Pasaran menjangkakan kadar ini akan kekal sehingga 2019.

Yang paling penting, kadar pertumbuhan upah dan inflasi sedang bergerak kearah mencapai sasaran dan sekarang sedang menunjukkan bahawa ia akan meningkat.

Data pertumbuhan upah akan dikeluarkan pada esok hari dan dijangka kekal pada kadar 2.1 peratus setahun walaupun peluang pekerjaan yang aktif dijangka meningkat.

Gabenor RBA Guy Debell mengatakan dalam ucapannya dalam mesyuarat bahawa terdapat tanda tekanan dalam kadar upah/gaji Australia dan tanda bahawa ia akan lebih tertekan Dalam masa yang sama masih terdapat risiko terhadap kadar pengangguran akan meningkat daripada kadar sekarang.

Kadar pengangguran Australia dijangka kekal pada kadar 5.5 peratus. Namun RBA menjangkakan ia kekal pada paras tersebut pada tahun ini dan berkurangan kepada 5.25 peratus pada 2020.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat