Hati-Hati! 1.3000 Masih Jadi Paras Sokongan GBP/USD

397

Pelabur meletakkan harapan terhadap dagangan mata wang Pound pada sesi Eropah semalam selepas peningkatan nilai yang dipamerkan.

Namun, harapan tinggal harapan. Pound kembali susut sebelum bergerak perlahan sehingga penghujung dagangan sesi New York.

Pada perkembangan Brexit, Ketua Perunding Brexit Kesatuan Eropah (EU) Michel Barnier dilaporkan masih melanjutkan tempoh kunjungan di London selepas rundingan pada hujung minggu.

Jurucakap Perdana Menteri UK Boris Johnson memaklumkan bahawa masih banyak perkara perlu diselesaikan dan jurang tersebut masih membuatkan pelabur berhati-hati untuk sebarang keputusan yang tidak menyenangkan.

Pada carta harga bagi pasangan mata wang GBP/USD semalam, harga yang bergerak menurun di sesi Asia menyentuh paras tumpuan 1.30000 sebelum melonjak sekitar 80 pips di sesi Eropah memberikan harapan terhadap pelabur.

Namun, kenaikan hanya sementara setelah harga gagal melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) yang diuji pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Harga kembali ditekan semula ke paras 1.3000 yang menjadi paras sokongan harga semasa. Penurunan juga turut didorong oleh pengukuhan US dolar pada sesi dagangan awal minggu berikutan sentimen berisiko pasaran.

Sesi Asia pada Selasa melihatkan pergerakan perlahan harga bergerak naik menguji halangan dinamik MA50 pada zon RBS (resistance become support) di bawah paras 1.30600.

Jika harga berjaya membuat kenaikan lebih tinggi, zon resistance pada 1.32000 akan kembali diuji semula.

Namun jika harga bergerak lebih rendah di bawah paras 1.3000, penurunan lebih rendah harga akan dijangkakan menuju zon RBS 1.29000.

Seterusnya penurunan yang diteruskan bakal menguji pula zon support di paras lebih rendah sekitar 1.27600.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat