Hati-Hati! AUD/USD Berisiko Untuk Alami Kejatuhan Harga

616

Mata wang komoditi seperti dolar Australia akan menerima tekanan dengan laporan terbaru berkenaan ketegangan di antara Amerika Syarikat (AS) dan China sementara memberi kelebihan terhadap US dolar dalam pasaran.

Wakil duta AS dijadualkan untuk berkunjung ke Taiwan pada minggu hadapan untuk bertemu dengan wakil sejawatannya untuk perbincangan.

Ketegangan di antara dua ekonomi gergasi dunia itu telah pun meningkat pada minggu ini berikutan tindakan penyahsenaraian syarikat-syarikat telekomunikasi China di New York Stock Exchange (NYSE).

US dolar juga mendapat kekuatan untuk mengukuh semula berikutan sentimen berisiko rusuhan di Capitol.

Namun penganalisis menjangkakan, apabila situasi kembali reda semula, US dolar akan kembali bergerak lemah selepas pilihan raya Georgia berpihak kepada Demokrat yang akan menambah sokongan Joe Biden di Senat dengan jangkaan lebih luas pelaksanaan bantuan ekonomi.

Pada carta pasangan mata wang AUD/USD, penurunan mula dipamerkan pada dagangan Khamis semalam namun harga masih bergerak dalam trend bullish.

Penurunan yang berlaku dilihat harga turun dari zon resistance 0.78200 dan menguji zon RBS (resistance become support) sekitar 0.77400.

Namun isyarat awal untuk perubahan trend bearish mula dilihat selepas harga bergerak lebih rendah di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan di rangka masa 1 jam harga.

Pada sesi Asia pagi ini masih dilihat harga bergerak di bawah halangan MA50 turun dari paras 0.77700.

Sentimen pasaran yang terus berisiko akan menekan harga lebih rendah menuju semula ke zon RBS (resistance become support) 0.76500 sebelum ke zon lebih rendah pada 0.75700.

Namun jika harga berjaya membuat lonjakan, zon resistance 0.78200 akan diuji sekali lagi dan pelabur akan menilai sama ada harga mampu menembusi zon tersebut untuk merekodkan paras ketinggian terbaru harga.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat