Hati-hati, Minggu Ini Kritikal Buat Emas

2,444

Emas mempertahankan keuntungan yang diraih pada dagangan Jumaat lalu ketika pelabur menilai jangkaan untuk hala tuju seterusnya Federal Reserve (Fed) di tengah-tengah tanda inflasi semakin mereda.

Pada sesi Asia, spot emas didagangkan pada sekitar harga $1,797 per auns selepas sekali lagi berjaya menyentuh harga $1,800 pada awal sesi. Sementara niaga hadapan emas pula sedikit susut pada $1,812 per auns.

Logam kuning itu telah meningkat lebih tinggi setelah mendapat sokongan dari US dolar dan hasil bon AS 10 tahun susulan pengurangan jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) bertindak agresif.

Walaupun begitu, pada masa yang sama inflasi Amerika Syarikat yang semakin mereda pada bulan Julai sedikit membataskan pergerakan emas untuk meningkat lebih tinggi.

Pasaran kini menantikan keluaran minit mesyuarat FOMC pada hari Khamis yang mungkin menawarkan petunjuk tentang penetapan dasar Fed seterusnya setelah menaikkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas pada bulan lalu.

Sementara itu, tumpuan turut disasarkan kepada keluaran data inflasi UK yang dijangkakan terus ‘memanas’ pada bulan Julai dengan meningkat kepada 9.9%.

Pelabur juga memantau lawatan dua hari delegasi kongres AS ke Taiwan yang berisiko meningkatkan ketegangan dengan China susulan lawatan Speaker Dewan Nancy Pelosi awal bulan ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat