Hati-Hati Trade Di Awal Minggu, Baca Sini Dulu!

1,015

Harapan terhadap pakej rangsangan fiskal Amerika Syarikat terus memacu dagangan pada awal minggu dengan menyaksikan matawang utama didagangkan tinggi berbanding US dolar.

Walau bagaimanapun, sentimen pasaran dilihat tidak menentu setelah Presiden AS, Donald Trump pada hujung minggu menawarkan pakej bantuan coronavirus bernilai $1.8 trilion dalam perbincangan dengan Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi.

Ini termasuk bayaran cek kepada individu dan pelanjutan dalam Program Perlindungan Gaji. Jumlah yang ditawarkan semakin hampir dengan cadangan Pelosi bernilai $2.2 trilion.

Namun begitu, tawaran Trump tersebut telah mendapat kritikan daripada beberapa Senat Republik yang kebanyakannya tidak senang dengan hutang negara yang semakin meningkat dan bimbang kesepakatan itu akan menjejaskan undian Parti Republik dalam pilihan raya presiden bulan depan.

Malah, perbincangan antara Nancy Pelosi dan Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin pada hujung minggu juga masih belum mencapai kesepakatan.

Ketidakpastian ini mungkin akan kembali membataskan pergerakan matawang utama pada dagangan minggu ini.

Pada pembukaan sesi Asia, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama diniagakan stabil pada 93.10.

Sementara itu, matawang pound terus mengekalkan momentum pengukuhan setelah mencecah paras ketinggian satu bulan pada Jumaat disokong oleh keyakinan terhadap rundingan Brexit menjelang sidang kemuncak Kesatuan Eropah minggu ini.

Pada hujung minggu, Perdana Menteri Boris Johnson telah bercakap dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron dengan menggesa untuk perbincangan intensif bagi merapatkan jurang yang masih ada.

Selain itu, sentimen turut menyokong matawang euro untuk didagangkan tinggi walaupun pada masa yang sama pergerakan harga juga dihimpit oleh peningkatan ketara kes coronavirus di Eropah yang telah mencetuskan kebimbangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat