Hati-hati, Trump Sediakan ‘Hadiah’ Terakhir Buat China

1,161

Media negara China melaporkan bahawa Beijing menjangkakan serangan terakhir dari Donald Trump, susulan beberapa laporan yang mengatakan presiden itu sedang merancang untuk menunjukkan kekuatan sebelum beliau meninggalkan jawatannya pada bulan Januari.

Bloomberg dan Axios sebelum ini melaporkan bahawa Trump sedang mempertimbangkan beberapa gerakan untuk menentang China sebelum meninggalkan White House selepas kalah dengan Joe Biden pada pilihan raya lalu.

Tindakan yang bakal diambil oleh presiden itu termasuk mengenakan sekatan lebih lanjut terhadap pegawai dan institusi parti yang terlibat dalam penindasan China terhadap Hong Kong dan Xinjiang.

Selain itu, pentadbira Trump juga dilaporkan akan memerangi aktiviti penangkapan ikan secara haram dan melindungi syarikat teknologi Amerika Syarikat dari dieskploitasi oleh Beijing.

Sementara Axios pula melaporkan Trump akan mempertimbangkan untuk mengenakan sekatan ke atas lebih banyak syarikat yang mempunyai kaitan dengan tentera China dari pelaburan AS.

Pegawai juga dikatakan sedang melihat lebih lanjut untuk mengenakan tindakan terhadap penggunaan buruh paksa China dalam industri perikanan.

Sejak kemenangan Biden diumumkan media, Trump telah mengenakan sekatan baru terhadap beberapa syarikat China. Minggu lalu, beliau menandatangani perintah eksekutif yang menghalang AS daripada melabur ke 31 syarikat kerana didakwa mempunyai kaitan dengan tentera China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat