Hati-Hati Untuk Dagangan EUR/USD Di Awal Minggu

514

Penghujung minggu lalu pasaran menyaksikan pengukuhan semula US dolar dalam pasaran yang disokong oleh peningkatan pada hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS).

Sebelum itu, US dolar telah memaparkan prestasi yang merosot sejak awal minggu dengan jangkaan situasi tersebut bakal berterusan susulan berita Presiden Joe Biden telah menandatangani pakej rangsangan ekonomi AS yang bernilai $1.9 trilion.

Bersambung pada pembukaan pasaran awal minggu ini, US dolar bergerak sedikit lemah sebelum menunjukkan peningkatan semula susulan kenaikan pada hasil bon AS.

Tumpuan utama pasaran pada minggu ini yang akan memberikan impak besar terhadap US dolar adalah keputusan mesyuarat FOMC pada awal Khamis nanti.

Pada carta harga pasangan mata wang utama EUR/USD, dapat dilihat penurunan ketara dipamerkan harga pada Jumaat lalu selepas siri kenaikan sepanjang minggu.

Gagal mencapai paras rintangan 1.2000, harga menujunam semula ke zon RBS (resistance become support) di atas paras 1.19000 namun menutup dagangan lebih tinggi semula sekitar 1.19600.

Harga bergerak lemah pada awal sesi Asia apabila pengukuhan semula US dolar membantutkan kenaikan harga dan menekan semula harga turun semula.

Sekiranya harga turun lebih rendah, zon RBS pada 1.19000 akan kembali diuji semula sebelum penurunan lebih rendah boleh mencecah sehingga ke paras support 1.18000.

Sebaliknya jika harga berjaya melonjak, harga bakal menuju ke paras 1.20000 untuk menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.

Kenaikan yang diteruskan bakal menuju pula ke zon tumpuan pada bulan lalu sekitar 1.20600-1.20900.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat