Hati-Hati! USD/JPY Dah Mula Nak Terjun Semula

574

US dolar masih lagi dilihat bergerak stabil namun sedikit menyusut dari paras tertinggi 2 bulan selepas data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan semalam masih lagi tinggi.

Penggubal polisi Federal Reserve (Fed) juga memberikan mesej bercampur tentang perkembangan inflasi dan pekerjaan.

Penyusutan sementara US dolar kembali memberi ruang untuk matawang Yen mengukuh berbandingnya berikutan sentimen pasaran yang masih berisiko.

Pada carta harga bagi pasangan matawang USD/JPY, harga dilihat bergerak mendatar pada Khamis setelah siri kenaikan harga dipamerkan sejak awal minggu.

Kenaikan harga tersekat pada zon SBR (support become resistance) 105.500 di mana paras tersebut gagal ditembusi harga setelah diuji beberapa kali.

Pada dagangan yang bersambung pada sesi Asia hari ini, harga menguji sekali lagi zon tersebut sebelum membuat penurunan sehingga melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Setelah gagal melepasi zon SBR tersebut, ini berkemungkinan menjadi petunjuk awal kepada perubahan trend bearish semula di carta USD/JPY.

Penurunan harga dijangkakan akan kembali menuju ke paras 104.800 untuk harga menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.

Penurunan lebih rendah boleh mencecah semula ke zon support 104.00 pada dagangan Isnin lalu.

Sebaliknya, jika harga berjaya menyambung semula kenaikan, zon SBR 105.500 akan cuba ditembusi sebelum meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi.

Zon resistance di bawah paras 106.500 akan menjadi tumpuan pada kenaikan selanjutnya.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat