Hati-hati… Walaupun Matawang Utama Dah Naik Semula

539

Matawang utama didagangkan berhati-hati dengan dagangan US dolar mula mempamerkan penurunan berikutan harapan yang diperbaharui bahawa pakej rangsangan fiskal akan dipersetujui sebelum pilihan raya presiden.

Presiden Donald Trump menyatakan bahawa beliau bersedia untuk rangsangan lebih besar daripada yang dicadangkan oleh Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi bernilai $2.2 trilion.

Bagaimanapun, pasaran tetap berhati-hati memandangkan Trump perlu meyakinkan Republikan Senat yang lebih memilih pakej bantuan kecil, untuk menyokong cadangan beliau.

Pada sesi Eropah, indeks dolar didagangkan susut 0.1% berbanding sekumpulan matawang utama pada 93.57.

Matawang Asia, dolar Aussie dan dolar New Zealand telah meraih sokongan daripada data yang menunjukkan pemulihan berterusan dalam ekonomi China, walaupun bacaan direkodkan sedikit tersasar daripada jangkaan pasaran.

Sementara matawang pound sterling memaparkan kenaikan lebih tinggi pada pembukaan sesi Eropah berikutan rundingan perjanjian dagang Brexit dijangka akan diteruskan lagi pada minggu ini walaupun terdapat kenyataan negatif daripada Perdana Menteri UK Boris Johnson.

Pada Jumaat lalu, PM Johnson mengatakan bahawa tiada gunanya lagi untuk melanjutkan rundingan dan tiba waktunya untuk bersedia meninggalkan EU tanpa perjanjian menjelang tarikh akhir tempoh peralihan pada 31 Disember.

Di samping itu, dagangan euro juga kembali mempamerkan peningkatan walaupun masih dihimpit oleh kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi dua kali ganda disebabkan gelombang kedua Covid-19 yang melanda.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat