Hati Pelabur Perlu Cekal Ketika Teliti Pergerakan Bursa Ini

131

Pasaran tempatan mengalami pengunduran selepas menjejaki prestasi lemah Wall Street semalaman menjelang mesyuarat FOMC di Amerika Syarikat (AS).

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bemula 2.74 mata pada 1,457.64 sebelum turun 5.73 mata pada 1,454.65 berbanding penutupan Jumaat pada 1,460.38.

Di pasaran meluas, kerugian pada 130 atasi keuntungan pada 115, manakala 215 kaunter pula tidak berubah, 1,844 tidak didagangkan dan 13 digantung.

Jumlah perolehan pada 172.69 juta unit bernilai RM49.75 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, berdasarkan rali minggu lepas pasaran Wall Sreet mengalami aktiviti profit-taking yang dijangka melimpah ke bursa tempatan.

Atas faktor itu, pelabur dijangka memberi fokus kepada saham bertemakan pilihan raya dan memposisikan diri pada syarikat berkaitan kerajaan.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank kekal pada RM8.59 sementara IHH Healthcare Bhd mendatar pada RM5.95, CIMB Group Holdings Bhd dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) turun 2 sen pada RM5.50 and RM8.40 manakala Petronas Chemicals Group Bhd tambah 1 sen pada RM8.73.

Saham aktif memperlihatkan Advance Synergy Bhd turun 1 sen pada 7 sen, Top Glove Corp Bhd susut 0.5 sen pada 79 sen dan Serba Dinamik Holdings Bhd, Alam Maritim Resources Bhd dan Tanco Holdings Bhd kekal pada 2 sen, 3 sen dan 37.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas susut 32.04 mata pada 10,318.80, FBM 70 susut 22.76 mata pada 12,243.97, indeks FBMT 100 Index hilang 34.73 mata pada 10,055.19, indeks FBM Emas Shariah kurang 29.09 mata pada 10,382.02 sementara FBM ACE raih 9.28 mata pada 4,868.21.

Segi sektor,indeks Tenaga susut 4.22 mata pada 694.28, indeks Perkhidmatan Kewangan kuncup 67.42 mata pada 16,399.26, indeks Produk serta Perkhidmatan turun 0.37 mata pada 175.43 sementara indeks Perladangan canak 9.92 mata pada 6,889.84.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat