Hedera Network, Shinhan Bank Pacukan HBAR Dengan Kerjasama Terbaru!

382

Shinhan Bank Korea Selatan memilih untuk manfaatkan teknologi Hedera Network bagi pelaksanaan pengiriman wang antarabangsa menggunakan stablecoins di rangkaian itu.

Hedera Network menawarkan pengiriman wang yang lebih pantas, kira-kira 3 hingga 5 saat dan murah pada harga sekitar $0.0001 bagi setiap transaksi.

Sebagai rekod, kos purata bagi pengiriman wang berjumlah $200 ke seluruh negara melalui sistem tradisional bank bagi suku keempat (Q4) 2020 mencecah $13.03, meningkat 6.51%. Penurunan kos dijangka susut 3% menjelang 2030.

Khabar itu secara tidak langsung telah mendorong peningkatan harga HBAR dari paras terendah, $0.3 kepada $0.4 dengan lonjakan sebanyak hampir 24%.

Difahamkan Shinhan Bank mahu melombong stablecoin yang bersandarkan kepada won (KRW) menggunakan Hedera Network.

Pada masa yang sama Shinhan Bank juga akan menjalinkan kerjasama dengan bank-bank antarabangsa dalam rancangan penerbitan stablecoins mengikut mata wang negara.

Kerjasama ini dapat dibuktikan apabila klien bank menerima stablecoins KRW dapat menebusnya untuk stablecoins mata wang negara yang mana dapat ditukarkan kepada mata wang fiat.

Untuk pengetahuan, Shinhan Bank merupakan ahli lembaga Hedera Governance Council pada April 2021. Bank ini juga turut tersenarai sebagai ahli lembaga Klaytn sejak Julai 2021.

Ketika penulisan aset ini didagangkan pada $0.35, susut lebih 3% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat