Hedge Fund Kripto, Three Arrows Capital Berdepan Risiko ‘Default’

211

Broker kripto Voyager Digital Ltd. telah mengeluarkan notis ‘default’ terhadap hedge fund Three Arrows Capital (3AC) atas pinjaman bernilai kira-kira $675 juta berdasarkan harga Bitcoin (BTC) pada hari Isnin.

Menurut Voyager dalam satu kenyataan, Three Arrows telah gagal membuat pembayaran yang diperlukan untuk pinjamannya sebanyak 15,250 Bitcoin yang bernilai $323 juta dan $350 juta stablecoin USDC.

Syarikat itu juga dikatakan sedang meneroka ‘remedi undang-undang’ dan menyasarkan untuk meneruskan pemulihan dananya daripada 3AC ketika ia turut berusaha untuk memenuhi permintaan pelanggan. Ia telah mengupah Moelis & Company sebagai penasihat kewangannya dalam proses itu.

Voyager yang menawarkan perdagangan kripto, adalah antara syarikat yang telah menerima impak besar daripada masalah kecairan Three Arrows Capital.

Pada awal bulan ini, syarikat itu memperoleh saluran kredit daripada Alameda Research LLC, firma perdagangan yang diasaskan oleh Sam Bankman-Fried berikutan kebimbangan terhadap 3AC dan kejatuhan dalam pasaran kripto.

Ia telah mengakses $75 juta daripada saluran kredit daripada Alameda dan ia mungkin terus memerlukan dana untuk memudahkan urusan dalam memenuhi pesanan dan pengeluaran pelanggan.

Baru-baru ini dilaporkan bahawa 3CA terpaksa mencairkan semua pegangan Staked Ethereum (sETH) dalam satu wallet-nya untuk membayar balik hutang dan pinjaman yang tertunggak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat