HODL Sejak 2017, Pelabur ‘Veteran’ Bitcoin (BTC) Enggan Jual Walaupun Cecah ATH

3,691

Kajian terbaru mendapati sejumlah pelabur Bitcoin (BTC) yang membuat pembelian pada 2017 masih belum menjual aset mereka.

Begitu juga pelabur yang membuat pembelian dan penambahan aset pada atau selepas November 2020, dikhabarkan enggan menjualnya walaupun 2021 menyaksikan lonjakan harga Bitcoin ke paras yang lebih tinggi.

Metrik daripada Hodl Waves mendedahkan beberapa rincian tentang pegangan Bitcoin untuk tempoh 6-12 bulan lalu:

  • Aset yang dipindahkan buat kali terakhir sejak 6-12 bulan lalu kini menjadi sebahagian besar daripada bekalan BTC.
  • Taburan masa bagi output transaksi yang tidak dibelanjakan (UTXO) menunjukkan bekalan yang dikawal oleh hodlers ini meningkat daripada 8.7% pada awal Jun sehingga 21.41% pada 19 November.
  • Bagaimanapun bagi sejumlah aset yang ‘disimpan’ selama beberapa tahun menyaksikan sedikit penyusutan, menunjukkan berlakunya penjualan sederhana, dan hodlers ini terkecuali.

Boleh jadi pemerhatian ini memberi isyarat bahawa beberapa pelabur BTC akan membuat penjualan walaupun ketika penulisan ia didagangkan pada $56,856.

Secara tidak langsung, kadar penjualan yang tinggi juga menunjukkan bullish akan bermula tidak lama lagi, corak yang sama diperhatikan pada November 2020.

Sementara itu, BTC ‘lama’ tidak menunjukkan sebarang pergerakan. Seperti yang dijelaskan oleh penganalisis baru-baru ini, pertumbuhan aliran (nilai pasaran Bitcoin/jumlah pertumbuhan tahunan) kekal rendah di sekitar ketinggian sepanjang masa bagi pasangan BTC/USD.

Jika pertumbuhan aliran meningkat, ia menunjukkan BTC ‘lama’ telah dijual. Jika aliran rendah, aset ‘tersimpan’ itu kekal tidak dibelanjakan.

Bagaimana dengan anda? Masih hodl atau sudah pun menjualnya?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat