Hong Kong Beri Amaran Bahaya Kepada Taiwan!

559

Pengawal lalu lintas udara Hong Kong telah mengemukakan amaran terhadap Taiwan akan bahaya yang akan menimpa di jalan udara ke pulau-pulau yang dikuasai Taiwan di Laut China Selatan.

Sehubungan dengan itu, isu berkenaan telah menimbulkan kebimbangan bahawa Beijing mungkin akan mencuba dan menyekat pulau-pulau kecil.

Ketegangan di Kepulauan Pratas, di bahagian utara Laut China Selatan yang direbutkan, telah meningkat dalam beberapa minggu terakhir, dengan China melakukan beberapa latihan ketenteraan berhampiran mereka

Semalam, Taiwan mendedahkan bahawa penerbangan sewa awam kebiasaannya meneruskan perjalanannya ke Pratas sehingga pengawal lalu lintas udara Hong Kong memberitahu kapten bahawa terdapat aktiviti berbahaya yang terjadi di bawah 26,000 kaki dan pesawat tidak dapat masuk.

Jabatan Penerbangan Awam Hong Kong mengatakan bahawa mereka telah memberitahu pengawal lalu lintas udara Taiwan tentang ketinggian minimum keselamatan yang harus dititikberatkan untuk penerbangan itu, dan kemudian Taiwan telah memutuskan untuk membatalkan permintaan untuk memasuki wilayah maklumat penerbangan Hong Kong.

Namun begitu, Pentadbiran Aeronautik Awam Taiwan menerbitkan transkrip penuh perbualan antara pengawal trafik udara lalu mendakwa bahawa Hong Kong seolah-olah menyembunyikan kejadian sebenar di kepulauan tersebut.

Walau bagaimanapun, Hong Kong tidak mahu mengemukakan apa-apa respon berhubung isu berkenaan.

Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri Taiwan Su Tseng-chang mendedahkan bahawa mereka sedang berusaha untuk menyiasat adakah China merupakan dalang di sebalik kejadian tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat