HSBC: Hanya Satu Daripada Tiga Orang Mampu Membeli Rumah Sendiri di Malaysia

88

Hanya satu dari tiga orang penduduk bandar di Malaysia (Lahir antara 1981 dan 1998) mampu membeli rumah disebabkan harga rumah yang semakin meningkat, menurut kajian dari HSBC.

Dalam tinjauan yang dijalankan kepada 9,000 golongan muda di sembilan negara termasuk Malaysia, ketua pengurus dana HSBC Malaysia Lim Eng Seong mengatakan golongan ini tidak mempunyai perancangan kewangan yang baik untuk membeli rumah.

“Hampir 64% dari mereka menetapkan bajet, dengan 20% tidak mempunyai perancangan langsung,” katanya kepada wartawan.

Lim menyatakan hal ini disebabkan perbelanjaan melebihi kemampuan. katanya lagi, “Sebab utama adalah lebihan perbelanjaan terhadap renovasi (93%), kos guaman (47%), dan pembelian perabot (43%).”

Menurut kajian tersebut, harga hartanah di Malaysia naik 3.2% pada 2016, dalam masa yang sama ‘gaji sebenar’ dijangka hanya naik 3.9% pada 2017.

Lim menyatakan, golongan muda ini mampu memiliki rumah jika pemaju perumahan membina lebih banyak rumah mampu milik.

“Infrastruktur negara kita semakin maju, dengan MRT yang meningkatkan akses ke banyak kawasan. Ini sepatutnya memberi peluang kepada pemaju untuk membina lebih banyak rumah mampu milik di banyak lokasi.”

Pandangannya tentang kekurangan wang untuk membeli rumah, Lim berkata golongan ini sudi untuk berkorban keperluan lain untuk mendapatkan rumah.

Katanya lagi, 62% bersedia mengurangkan perbelanjaan terhadap percutian; 41% lagi bersedia membeli di tempat yang lebih murah; 23% lagi akan mempertimbangkan untuk membeli dengan ahli keluarga dan selebihnya lagi bersedia untuk menyewakan satu dari bilik rumah mereka.

“Hinggakan 14% dari mereka sanggup mendapat anak lebih lewat, manakala 10% sanggup berpindah ke rumah keluarga untuk meyimpan wang.”

Ada juga yang mendapat bantuan dari ibu-bapa mereka di mana sebanyak 29% dibantu oleh orang tua mereka.

Tambahnya lagi, “23% dari mereka juga berpindah ke rumah orang tua untuk menambahkan simpanan.”

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat