HSBC Holdings Kaut Keuntungan Berlipat Kali Ganda

716

Pada hari ini, HSBC Holdings mencatat keuntungan separuh pertama dengan melepasi jangkauan ramalan untuk mencapai peningkatan sebanyak dua kali ganda berbanding tahun lalu.

Peningkatan itu tidak lain didorong oleh pemulihan ekonomi di dua pasar terbesarnya yang berada di Hong Kong dan Britain. HSBC juga mengembalikan pembayaran dividen dan menggunakan $700 juta sebagai peruntukan.

Bank terbesar itu mempamerkan keuntungan sebelum cukai dengan aset masuk sebanyak $10.8 bilion yang mana lebih tinggi berbanding hanya $4.32 bilion yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lalu.

Selain itu, anggaran konsensus dengan nilai sebanyak $9.45 bilion disusun oleh bank.

Namun pendapatan kumpulan itu susut sebanyak 4% disebabkan oleh catatan suku bunga yang rendah untuk bank dan prestasi yang lemah pada perdagangan pasarannya di Asia.

Menurut kenyataan daripada Ketua Eksekutif Noe Quinn kepada Reuters, pertumbuhan dijangka bakal pamer peningkatan aset yang akan lebih tertumpu kepada sumber pelaburan bank dari Eropah dan Amerika Syarikat ke Asia.

“Kami berada di paras awal dalam pemulihan ekonomi dan masih melihat bahawa semua angka itu bakal menjadi trend pada masa akan datang,” tambahnya.

HSBC turut merancang untuk membayar dividen interim sebanyak tujuh sen sesaham setelah Bank of England membatalkan pengurangan pembayaran bulan lalu.

Di samping itu, ia juga mengatakan bahawa kumpulan itu akan meneruskan rentak dalam mencapai jangkauan pembayaran yang disasarkan sebanyak 40-55% dari pendapatan sesaham yang dilaporkan pada 2021.

Saham yang disenaraikan pada HSBC di Hong Kong melonjak 1.7% pada awal dagangan hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat