Huawei Lancarkan NFT Melalui Airdrop Pertama!

415

Subsidiari pengkomputeran awan Huawei, Huawei Cloud telah melancarkan airdrop pakej pertama non-fungible token (NFT) semalam.

Difahamkan airdrop tersebut adalah berdasarkan maskot Huawei dan ia merupakan salah satu usaha kempen penjenamaan Huawei Cloud.

Walaupun tidak dijelaskan blockchain manakah yang digunakan, melalui pengumuman rasmi ada kemungkinan pihak mereka telah menggunakan blockchain Huawei – ‘petal chain’.

Ketika penulisan, kesemua NFT Huawei berjaya terjual.

Pengumuman terbaru ini secara tidak langsung membuktikan banyak syarikat gergasi China sudah menceburi dalam bidang NFT.

Tencent, Alibaba, Baidu, NetEase, dan JD.com merupakan antara syarikat yang sudah pun melancarkan platform pasaran NFT.

Tidak pasti sejauh mana undang-undang berkaitan NFT di negara itu diperkenalkan.

Apa yang jelas, kritikan daripada pihak kerajaan terhadap NFT dan kripto telah mendorong syarikat-syarikat gergasi ini untuk menyekat atau mengharamkan penjualan semula NFT.

Jika penggubal undang-undang negara itu membenarkan penjualan semula, pasaran NFT di China akan melantun kepada nilai $4.68 bilion (RM19.8 bilion).

Tetapi jika sebaliknya berlaku, pasaran NFT cuma bernilai $937 juta (RM3.96 bilion).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat