Huawei Lebarkan Sayap Ke Dalam Perniagaan Kabel Dasar Laut!

1,620

Berdasarkan laporan terbaru yang dikeluarkan South China Morning Post, syarikat gergasi telekomunikasi Huawei telah mula merasakan impak kesan daripada hukuman yang dikenakan oleh pentadbiran Amerika Syarikat. Terkini, Huawei telah mengurangkan tempahan penghasilan smartphone ke Foxconn.

Foxconn merupakan syarikat yang menghasilkan smartphone untuk beberapa pengeluar smartphone terkenal, mula dari Apple, Nokia sehinggalah ke Huawei. Walaubagaimanapun, semua itu tidak menghambat syarikat Huawei untuk terus berkembang. Huawei kini dibawah Huawei Technologies Co Ltd merancang untuk menjual perniagaan kabel dasar lautnya. Hal ini sekali gus akan menjadikannya penjualan aset terbesar.

Menurut Reuters, Hengtong Optic-Electric Co Ltd yang merupakan sebuah syarikat telekomunikasi optik telah menandatangani surat hasrat perjanjian dengan Huawei Tech Investment Co Ltd pada 31 Mei lalu.

Huawei Technologies Co Ltd kini dalam proses untuk membeli 51% pegangan saham dalam Huawei Marine Systems Co. Ltd.

Huawei bukan sahaja menerajui inovasi dalam teknologi 5G, dimana HUAWEI telah menandatangani kira-kira 40 kontrak perniagaan dengan beberapa kontraktor di seluruh dunia dengan menghubungkan pembangunan 5G tetapi syarikat tersebut juga merancang untuk mendominasi trafik internet global.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat