Huawei Saman Verizon Gara-gara Isu Penggunaan Paten

514

Syarikat teknologi gergasi China, Huawei telah menfailkan 2 saman terhadap Verizon, sebuah syarikat telekomunikasi Amerika Syarikat kerana isu penggunaan paten mereka. Walaupun Huawei merupakan sebuah syarikat yang kecil di negara berkenaan, tetapi terdapat beberapa buah syarikat seperti Verizon yang menggunakan teknologi daripada Huawei.

Hal ini demikian kerana syarikat tersebut memegang lebih daripada 87,000 paten di seluruh dunia dengan 11,000 daripadanya terletak di Amerika Syarikat. Terdapat beribu-ribu jenis paten yang digunakan dalam rangkaian mudah alih termasuk 3G,4G dan 5G.

Justeru itu, firma lain termasuk pesaing Huawei perlu menggunakan teknologi berkenaan untuk rangkaian telekomunikasi mereka.

Berikutan dengan isu ini, Huawei mendakwa bahawa mereka telah berusaha untuk mengadakan rundingan dengan Verizon berkaitan dengan pembayaran royalti tetapi menemui jalan buntu. Di samping itu, Huawei mendedahkan bahawa selama bertahun-tahun mereka berjaya mengadakan rundingan dengan beberapa buah syarikat dan menandatangani perjanjian lesen paten. Malangnya, mereka gagal mencapai kata sepakat bersama Verizon.

Oleh itu, mereka terpaksa mendapatkan jalan penyelesaian yang membabitkan tindakan undang-undang. Tindakan tersebut diambil bagi menggesa Verizon agar membayar penggunaan paten mereka atau tidak menggunakannya dalam produk dan perkhidmatan syarikat tersebut.

Namun begitu, Verizon masih mendiamkan diri dan tidak memberikan apa-apa maklum balas berkenaan dengan isu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat