Huobi Token (HT) Lonjak 28% Lepas Justin Sun Dedahkan Rancangannya!

216

Mata wang kripto Huobi Token (HT) melonjak 28% sejurus selepas Justin Sun, Ahli Jawatankuasa Penasihat baharu exchanger kripto Huobi Global menyatakan rancangan untuk membangunkan semula syarikat itu dalam mesyuarat semalam.

Rancangan tersebut bertujuan untuk mengembangkan jenama, pemerkasaan serta kerjasama perniagaan yang tertumpu pada HT.

Antara jawatankuasa penasihat Huobi Global adalah pengasas Baiyu Capital Ted Chen, pengasas Tron Justin Sun, pengasas bersama Valkyrie Leah Wald serta pengasas bersama Huobi Global Du Jun dan Wang Yang.

Difahamkan jawatankuasa penasihat yang tersebut itu akan membantu mengembangkan perniagaan, pasaran, jenama, pematuhan, kawalan risiko dan bidang lain Huobi Global.

Ditegaskan juga bahawa exchanger kripto tersebut akan meneroka pasaran aset digital secara global dan tidak akan kembali ke China.

Sementara itu, syarikat About Capital Management yang berpangkalan di Hong Kong berhasrat memiliki lembaga penasihat strategik global, strategi meningkatkan daya saing, suntikan modal dalam margin serta dana peruntukan risiko.

Hal ini berikutan kerana Leon Li, pengasas Huobi Global telah menjual seluruh pegangan kawalannya kepada syarikat tersebut .

Pemberitahuan berikut mengakibatkan harga HT mendaki sebanyak 28% untuk berada pada paras harga $5.21 pada tempoh 24 jam lalu dan volum dagangan melebihi 360%.

Manakala harga Tron (TRX) melonjak 3% disebabkan terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa Justin Sun adalah pembeli sebenar serta pelabur besar dalam About Capital Management, iaitu pemilik kepentingan Huobi Global.

Namun beliau menafikan kesemua dakwaan tersebut dan menerangkan sesungguhnya beliau hanyalah seorang penasihat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat