Huobi & Visa Bersatu Lancarkan Kad Visa Huobi!

342

Siapa kata tak ada potensi, Huobi ni partner dengan Visa kot”

Salah satu syarikat exchanger mata wang kripto terkemuka di dunia, Huobi berjaya memeterai perjanjian bersama Visa yang merupakan peneraju dunia dalam pembayaran digital untuk melancarkan Kad Visa Huobi di seluruh dunia.

Kerjasama tersebut dapat terjalin berikutan kedua-dua pihak mempunyai objektif yang serupa iaitu untuk mendorong pembangunan pasaran kripto, menjadikan aset digital lebih cekap dan efisien serta mempromosikan penggunaan kripto.

Diperjelaskan, Kad Visa Huobi bakal dilangsungkan di beberapa pasaran Eropah semasa pelancaran awal sebelum meneruskan lagi keluarannya di wilayah lain.

Menurut Justin Sun, ahli Lembaga Penasihat Global Huobi menyatakan bahawa pelancaran Kad Visa Huobi merupakan salah satu usaha penting syarikatnya untuk membentuk aset digital yang mampu beri kemudahan akses kepada setiap individu.

Tambahnya lagi, beliau berharap kerjasamanya dengan Visa dapat memberi pelbagai manfaat kepada pasukannya seperti menyumbang dan menyokong syarikat kewangan global.

Menyebut pula daripada Ketua Crypto di Visa, Cuy Sheffield teruja untuk berganding bahu dengan Huobi yang dapat benarkan para pengguna membelanjakan kripto masing-masing melalui Visa.

Umum mengetahui bahawa Kad Visa Huobi akan dihubungkan ke akaun pengguna Huobi yang membenarkan mereka secara mudah menukar baki aset digitalnya untuk membayar barangan atau perkhidmatan di 80 juta lokasi terplih.

Kad Visa Huobi juga akan membekalkan pelbagai faedah kepada pengguna seperti menerima pulangan tunai dalam Huobi Token (HT) apabila mereka menggunakan kad itu untuk pembayaran.

Selain daripada itu, pengguna akan diberi baucar pulangan tunai, airdrop kupon dan produk Huobi Earn jika menggunakan kad tersebut yang mempunyai lima peringkat iaitu “Scout”, “Navigator”, “Adventurer”, “Explorer”, dan “Expert”.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat