Hutang Amerika Syarikat Lebih $20 Trillion, Pertama Kali Dalam Sejarah

495

Hutang Amerika Syarikat kini mencecah $20 trillion USD untuk pertama kali dalam sejarah US pada Jumaat lalu.

Berdasarkan data yang dikeluarkan semalam, jumlah hutang negara meningkat $318 billion kepada $20.162 trillion setakat hari Jumaat yang lepas, hari yang sama Presiden Donald Trump menandatangani rang undang-undang menangguhkan penerapan had hutang kerajaan, sekali gus membenarkan kerajaan untuk melanjutkan had pinjaman sehingga 8 Disember tahun ini.

Perjanjian yang turut memperuntukkan lebih daripada $15 billion untuk bantaun bencana badai Harvey telah diluluskan dengan undian 316-90 di dalam dewan congress.

Presiden dan CEO Peter G. Peterson Foundation, Micheal A.Peterson berkata, “Hutang yang melebihi $20 trillion menjadi satu indikator kondisi fiskal negara kita”, menjelaskan cabarang Amerika terhadap polisi fiskal jangka masa panjang.

“Disebabkan oleh kegagalan menjelaskan kenaikan hutang, kita sekarang terpaksa membayar $6 trillion pada kadar faedah sahaja untuk tempoh 10 tahun”, tambah beliau lagi.

Had hutang US telah dibataskan sekitar $19.84 billion sejak 15 Mac, dan bajet fiskal tahunan 2017 akan tamat pada akhir September.

Hutang Amerika dijangka akan terus naik dan berkembang laju pada tahun-tahun seterusnya. “Bajet defisit tahunan negara mungkin melebihi $1 trillion dalam tempoh 5 tahun sahaja”, jelas Peterson.

Walau bagaimanapun, banyak solusi yang boleh dilakukan. “Pada bulan depan, pihak pentadbiran US dan kongres akan mengkaji semula pembaharuan cukai yang mengembangkan ekonomi, bukan hutang.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat