Hutang Luar Negara RM908.7 Billion, Kejatuhan Ringgit Meningkatkan Hutang Negara – BNM

4,291

Kejatuhan Ringgit menyebabkan hutang luar negara semakin meningkat.

Jumlah hutang luar negara meningkat 9% kepada RM908.7 billion pada 2016, kata Bank Negara, yang mana bersamaan dengan 73.9% hasil negara, Keluaran Dalam Negara Kasar, KDNK (GDP).

Untuk pengetahuan pembaca kurang daripada dua per tiga hutang luar negara adalah dalam bentuk matawang asing. Jika tidak mengambil kira kesan kejatuhan Ringgit, hutang luar negara hanya naik 6.2%.

Dalam laporan tahunan yang dijalankan semalam, Bank Negara menyatakan hutang luar negara masih terurus dengan matawang, tempoh matang dan profail penyata imbangannya masih stabil.

“Profail hutang luar negara Malaysia kekal sihat dengan lebih dari satu per tiga jumlah hutang tersebut dalam bentuk Ringgit Malaysia yang mengurangkan risiko dari turun-naik nilai matawang.”

“Selebihnya dari hutang tersebut dalam bentuk matawang asing, yang di ‘hedging’ sama ada menggunakan pendapatan eksport atau melalui instrumen kewangan,” kata Bank Negara.

Kebanyakan dari hutang ini adalah dari pinjaman luar pesisir, yang mana digunakan untuk meningkatkan kapasiti produktiviti dan meningkatkan pengurusan sumber kewangan dalam industri korporat.

Pada penghujung 2016, pinjaman negara di luar pesisir jatuh sebanyak 42.7% daripada KDNK berbanding 60% semasa krisis kewangan Asia 1998.

Pada akhir 2016, rizab Bank Negara berjumlah US$94.5 billion (RM423.9 billion)

Sehingga 28 Februari 2017, rizab naik kepada US$95 billion (RM426.3 billion)

Jumlah ini masih mencukupi bagi memudahcara urusniaga antarabangsa dan juga membiayai 8.5 bulan import tertangguh dan juga menyamai 1.1 kali hutang luar jangka pendek.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat