Hwaiting! Bandar Busan Tubuh Bursa Aset Digital!

139

Hebatlah Korea ni, cepat bertindak.”

Demi mengembangkan lagi ekonominya, Busan yang terletak di Korea Selatan bakal menubuhkan bursa komoditi digital decentralized dalam tempoh terdekat ini bagi menyokong budaya tempatan melalui aset digital.

Pembaharuan tersebut dilaporkan akan merangkumi aset digital hak harta intelek dalam filem, permainan, emas, logam berharga, produk pertanian dan ternakan, kapal termasuk hartanah.

Diperjelaskan pula daripada Jawatankuasa Promosi Penubuhan Exchanger Aset Digital Busan, rancangan itu juga adalah bertujuan untuk menyelaraskan syarikat kewangan domestik mahupun exchanger aset digital dan membina sistem urus niaga yang efektif.

Hal ini berikutan kerana exchanger domestik adalah berbeza daripada matlamat Bursa Aset Digital Busan yang ingin melindungi para pelabur secara menyeluruh dan membangunkan inovasi digital melalui pelbagai kaedah.

Antara tujuan lain penubuhan itu dilaksanakan ialah untuk mengasingkan deposit pelanggan dan memantau pasaran yang memiliki institusi berbeza tetapi sama seperti saham di Korea Selatan.

Selain itu, pihak berkuasa turut berhasrat menggubal pelbagai garis panduan dan menambah undang-undang aset digital untuk wujudkan peraturan sebagaimana di Singapura dan Abu Dhabi.

Secara keseluruhannya, jawatankuasa sedang berusaha untuk tubuhkan bursa tersebut seawal bulan Februari dan melancarkan ujian sistem ditambah pula dengan kerajaan Seoul yang ingin membuka projek metaverse sendiri kepada warganya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat