I don’t ‘Truss’ You! Jadi Perdana Menteri UK Hanya 44 Hari Sahaja!

423

‘Adakah Rishi Sunak bakal jadi Perdana Menteri baru, atau Boris Johnson bakal buat comeback?’

Perdana Menteri baru United Kingdom (UK), Liz Truss bertindak meletakkan jawatan yang dipegang, 44 hari selepas pelantikan rasminya oleh mendiang Ratu Elizabeth II pada awal September lalu.

Berita peletakan jawatannya telah diumumkan beliau sendiri di hadapan pejabat rasmi kerajaan ‘Number 10’ pada hari semalam waktu tempatan.

Ketika pengumuman peletakan jawatan tersebut, Truss menerima hakikat bahawa beliau telah kehilangan kepercayaan partinya dan akan berundur secara rasmi pada minggu hadapan.

Jelasnya, beliau telah bersemuka dan memberitahu Raja Charles berkenaan peletakan jawatannya sebagai ketua Parti Konservatif UK.

Umumnya, tempoh kepimpinan singkat Truss diapit pelbagai masalah dan isu kewangan di mana rancangan ekonomi yang diperkenalkan untuk membantu rakyat UK membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

Rancangan ekonomi, memperkenalkan pemotongan cukai, bukan sahaja menyebabkan penyusutan ketara nilai Pound malah memaksa campur tangan (intervention) bank pusat England (BOE) bagi meredakan kekacauan pasaran.

Truss kemudiannya dilihat cuba membaiki masalah yang tercetus dengan memecat rakan sepejuangan, Kwasi Kwarteng dan melantik Jeremy Hunt untuk menduduki posisi tersebut.

Namun, kehadiran Hunt pula yang bertindak memansuhkan rancangan ekonomi Truss telah membawa kehilangan kepercayaan penuh ahli Parti Konservatif kepada Perdana Menteri itu.

Desakan demi desakan yang diterima akhirnya menyaksikan Truss meletak jawatan dan Perdana Menteri baharu UK dijangkan akan diumumkan pada 28 Oktober kelak.

Dalam pada itu, antara calon-calon yang dijangka menjawat jawatan Perdana Menteri tersebut adalah bekas Menteri Kewangan Rishi Sunak, Penny Mordaunt dan mungkin kepulangan Boris Johnson.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat