ICR Nafi Dakwaan Pharmaniaga Mengenai Campuran Vaksin, Nak Percaya Siapa Ni?

532

Satu pihak cakap tak boleh, satu pihak lagi cakap boleh.

Nak percaya mana satu ni? Ke nak kena ambik yang mana DG Hisham cadangkan?

Institusi Penyelidikan Klinikal (ICR), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menafikan dakwaan Pharmaniaga Bhd mengenai campuran 2 dos vaskin Sinovac Covid-19 dan 1 dos penggalak Pfizer-BioNTech tidak berkesan terhadap Omicron.

ICR dalam satu kenyataan menyatakan, dakwaan yang dikeluarkan oleh Pharmaniaga tersebut sebagai ‘salah nyata dari fakta dan bukti’, selain terus mengesyorkan penerima vaksin Sinovac untuk mengambil Pfizer atau AstraZeneca sebagai dos penggalak.

Tambahnya, terdapat bukti kukuh dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyatakan vaksin penggalak heterolog (campuran vaksin utama Sinovac dan vaksin penggalak Pfizer) menghasilkan tindak balas imun yang lebih berkesan daripada penerima dos penggalak homolog (3 dos vaksin Sinovac), yang dipercayai gagal membuktikan tindak balas antibodi meneutralkan kepada Omicron.

Sehubungan dengan itu, KKM tetap menegaskan bahawa mencampurkan vaskin Sinovac dengan Pfizer atau AstraZeneca adalah selamat dan lebih berkesan melawan Omicron.

Vaksin dari India Ini Boleh Digunakan Semasa Bencana

Dalam pada itu, ketua pengarah kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata vaksin COVAXIN Covid-19, yang dikeluarkan oleh Bharat Biotech International Limited di India, telah diberi kelulusan bersyarat untuk digunakan semasa bencana.

Menurut beliau, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (DCA) telah memberi kelulusan bersyarat mengenai kualiti, keselamatan dan keberkesanannya.

COVAXIN, yang berdaftar di bawah Averroes Pharmaceuticals Sdn Bhd, akan digunakan untuk imunisasi aktif bagi mencegah Covid-19 yang disebabkan oleh virus SARS-CoV2 dalam kalangan individu berumur 18 tahun ke atas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat