Ikut Jejak Fed, SNB Tamatkan Siri Negatif Dalam Kadar Faedah

138

Mengikut jejak Federal Reserve (Fed), Swiss National Bank (SNB) memutuskan untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas pada mesyuarat polisi terbaharunya sebentar tadi.

Ini seterusnya membawa kadar faedah semasa SNB kembali ke wilayah positif buat kali pertama sejak 2011 kepada 0.50%.

Ia merupakan kenaikan kadar kedua selepas keputusan yang dibuat Jun lalu, di mana bank pusat mengejutkan pasaran dengan kenaikan 50 mata asas kenaikan kadar pertama sejak 2007.

Keputusan ini bertujuan untuk menangani inflasi yang tinggi susulan lonjakan harga tenaga dan makanan yang telah memacu inflasi utama ke tahap tertinggi 29 tahun kepada 3.5%.

Selain itu, bank pusat juga menegaskan ia bersedia untuk campur tangan dalam pasaran pertukaran asing jika diperlukan.

Dalam pada itu, bank pusat menyemak semula unjuran inflasi dengan jangkaan meningkat kepada 3.4% menjelang akhir tahun berbanding ramalan sebelumnya pada 2% tahun ini daripada jangkaan sebelumnya sebanyak 2.5%.

Walaupun begitu, mata wang swiss franc didagangkan merosot berbanding US dolar yang lebih kuat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat