Ikuti Impak Lonjakan Tertinggi Inflasi AS 40 Tahun Terhadap Pasaran Ekuiti

173

Menangis tak berlagu apabila bacaan data indeks harga pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) melonjak ke paras tertinggi 40 tahun, menyebabkan pasaran ekuiti merosot jatuh.

Bacaan inflasi AS melonjak 9.1% pada asas tahunan, dan hal ini mendorong jangkaan baharu bahawa Federal Reserve (Fed) akan melaksanakan kenaikan kadar faedah sebanyak 100 mata asas.

Asas tersebut telah dicapai selepas Bank Pusat Kanada (BOC) bertindak menaikkan kadarnya sebanyak 100 mata asas, peningkatan terbesar sejak 1998.

Sungguhpun begitu, bank-bank pusat menjangkakan Fed akan menaikkan kadar sebanyak 75 mata asas buat kali ke-2 pada mesyuarat polisi Julai dalam mengawal tekanan harga yang melonjak.

Ini telah menyebabkan Wall Street ditutup dalam wilayah negatif dengan indeks purata Dow Jones Industrial jatuh 0.67%, S&P 500 hilang 0.45% dan Nasdaq Composite turun 0.15%.

Tolok MSCI saham seluruh dunia susut 0.31% dan STOXX 600 pan-Eropah hilang 1.01%.

Zon Eropah turut mengalami penurunan di mana DAX Jerman dan CAC40 Perancis menggandakan kerugian pada 1.5% dan 1.4% sementara FTSE London juga mengalami nasib sama.

Ulas Rober Alset dari Close Brothers Asset Management, satu-satunya berita baik adalah teras inflasi sedikit rendah sementara prospek ekonomi Eropah akan bertambah teruk ekoran isu gas Rusia yang berterusan.

Menyingkap pasaran ekuiti Asia, indeks meluas MSCI Asia-Pasifik dibuka lemah dengan Nikkei Jepun susut 0.11%, Topix turun 0.32% dan Kospi Korea Selatan jatuh 0.66% sementara Kosdaq hilang 0.37%.

Aliran mata wang pula memperlihatkan dolar terus mengukuh namun ukuran indeksnya terhadap pesaing utama lain jatuh 0.148% dengan Euro naik 0.17% pada $1.0053 dan Yen Jepun didagangkan pada $137.63.

Nota hasil Perbendaharaan 2 tahun berada pada 3.187%, lebih tinggi daripada nota 10 tahun pada 2.9465% dalam penyongsangan keluk hasil.

Bagi komoditi, minyak mentah AS naik 0.06% pada $95.90 sementara minyak mentah Brent turun 0.18% pada $99.31.

Dagangan kripto pula mempamerkan penurunan dengan Bitcoin (BTC) jatuh 1.74% pada $19,656.85 sebaik data inflasi diterbitkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat