I’m Lovin It! McDonald’s Bakal Berpindah Ke McMetaverse!

802

Lepas ni permainan Happy Meal mesti dalam bentuk non-fungible tokens (NFT) je.

Gergasi makanan segera Amerika Syarikat (AS), McDonald’s sedang melakukan persiapan untuk memasuki dunia metaverse dengan mendaftarkan 10 trademarks ke dalam ruang maya.

Menurut peguam trademark dan pengasas Gerben Intellectual Property, Josh Gerben menerusi akaun Twitter peribadinya – McDonald’s telah menyerahkan permohonan trademark pada 4 Febuari lalu.

Dalam ciapan tersebut, McDonald turut menyatakan rancangan untuk menampilkan restoran maya, bersama-sama barangannya dalam bentuk fizikal dan maya. Mereka juga memberi hint pengendalian restoran maya yang akan memaparkan perkhidmatan penghantaran ke rumah.

Menariknya lagi, premis restoran makanan segera gergasi dunia ini menawarkan fail yang boleh dimuat turun: hasil seni, audio, video, dan NFT.

McDonald’s juga menyenaraikan jenama McCafe dalam permohonan trademark tersebut.

Menurut sumber, jenama tersebut akan beroperasi sebagai perkhidmatan hiburan dan bakal mengadakan konsert sebenar dan maya dalam talian, serta acara maya lain.

Ia sekaligus menyaksikan McDonald’s bakal bersaing dengan pengajur konsert maya lain seperti Animal Concerts.

Sebenarnya, McDonald’s bukan rantaian makanan pertama yang menyatakan hasrat untuk memasuki metaverse.

Pada 3 Febuari lalu, Panera Bread telah menyerahkan permohonan trademarks untuk memasukkan restoran dan kafe mereka ke dalam dunia maya, ‘Paneraverse’.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat