Imbangan Dagangan Australia Mencatat Defisit $1.36 billion Pada Bulan Disember

314

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan, Australia mencatat defisit yang tinggi pada bulan Disember berikutan import melonjak naik pada bulan tersebut.

Imbangan perdagangan mencatat defisit sebanyak $1.36 billion berbanding bulan November yang mencatat lebihan sebanyak $36 juta. Bacaan ini juga tersasar daripada jangkaan penganalisis yang menjangkakan lebihan sebanyak $200 juta.

Walaupun eksport meningkat sebanyak $510 juta didorong oleh peningkatan eksport dalam besi tulen dan arang.

Namun import meningkat sebanyak $1.9 billion pada bulan Disember. Hal ini disebabkan peningkatan import dalam minyak, peralatan dan mesin.

Matawang Australia menyusut berbanding US dolar sebanyak 0.13% kepada 0.7867.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat