IMF Beri Peringatan, Asia Berdepan Risiko ‘Stagflasi’!

15,840

Rantau Asia dijangka mengalami ‘stagflasi’ di tengah-tengah ketidaktentuan yang ketara dengan pertumbuhan ekonomi lebih rendah daripada jangkaan sebelum ini dan inflasi lebih tinggi, kata pegawai kanan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Selasa.

Stagflasi merujuk kepada satu keadaan ekonomi di mana inflasi dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan berlaku serentak.

Anne-Marie Gulde memberitahu walaupun impak perang Rusia-Ukraine adalah terhad ke atas perdagangan dan kewangan Asia, tetapi disebabkan krisis harga komoditi yang lebih tinggi dan pertumbuhan perlahan boleh menjejaskan ekonomi rantau itu.

Tambah beliau lagi, para pembuat dasar Asia akan menghadapi kesukaran untuk bertindak balas terhadap pertumbuhan yang perlahan dan peningkatan inflasi berikutan ruang dasar yang terhad.

Selain itu, beliau turut mengatakan pengetatan dasar akan diperlukan di kebanyakan negara, dengan kelajuan pengetatan bergantung kepada perkembangan inflasi domestik dan faktor luar.

Jangkaan kenaikan kadar faedah yang stabil oleh Federal Reserve (Fed) juga memberikan cabaran kepada penggubal dasar Aisa memandangkan hutang dalam denominasi dolar yang besar di rantau itu.

Menurut ramalan terbaharunya yang dikeluarkan bulan ini, IMF meramalkan ekonomi Asia berkembang 4.9% tahun ini, turun 0.5% daripada unjuran sebelumnya pada Januari.

Ketegangan berterusan dalam perang di Ukraine, gelombang baharu Covid-19, kenaikan kadar lebih pantas Fed dan sekatan yang berpanjangan atau lebih meluas di China adalah antara risiko kepada prospek pertumbuhan Asia, katanya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat