IMF Kurangkan Lagi Unjuran Pertumbuhan AS 2022 Kepada 2.3%

163

‘Kemelesetan tak dapat dielakkan menurut pakar, tahun 2023 lagi teruk.’

Unjuran pertumbuhan Amerika Syarikat (AS) bagi 2022 diturunkan lagi daripada 2.9% kepada 2.3% oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjelang bacaan data inflasi malam ini.

Keputusan penurunan peratusan tersebut dibuat berdasarkan data perbelanjaan pengguna bulan Jun yang lemah.

Selain itu, unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 2023 turut direndahkan daripada 1.7% kepada 1.0%.

Ulas IMF, keadaan ‘semakin mencabar’ untuk AS mengelak kemelesetan memandangkan laporan akhir yang disemak mencerminkan penurunan KDNK pada suku pertama dan perbelanjaan pengguna yang lemah semasa Mei.

Antara sorotan utama terhadap ‘cabaran’ tentunya lonjakan inflasi dan kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) dalam mengawal harga.

Hal ini kerana inflasi akan mencetuskan risiko sistemik kepada AS dan ekonomi dunia.

Rentetan itu, keutamaan dasar buat masa ini adalah untuk memperlahankan pertumbuhan gaji dan harga tanpa mencetuskan kemelesetan.

Umumnya pengetatan dasar monetari akan menurunkan inflasi kepada 1.9% pada suku ke-4 2023 berbanding ramalan 6.6% bagi suku ke-4 2022.

Ia dijangka akan melambatkan lagi pertumbuhan AS namun IMF meramalkan tindakan tersebut boleh mengelakkan kemelesetan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat