IMF Tiba-tiba Naikkan Ramalan Ekonomi, Petanda Baikkah Ini?

266

Setelah berulang kali memberi amaran tentang kemelesetan, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) kali ini memberi prospek berbeza terhadap ramalan terbaru ekonominya.

Buat pertama kali dalam setahun, IMF meningkatkan unjuran pertumbuhan global berikutan perbelanjaan Amerika Syarikat yang berdaya tahan dan pemulihan ekonomi China.

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) dijangka berkembang 2.9% pada 2023, meningkat daripada ramalan untuk pertumbuhan 2.7% yang dibuatnya pada Oktober.

Walaupun ia merosot daripada pertumbuhan 3.4% pada 2022, IMF meramalkan ekonomi akan mencecah titik terendahnya (bottom out) tahun ini sebelum kembali melonjak kepada 3.1% pada 2024.

Menurut IMF dalam tinjauan ekonomi dunianya yang dikemas kini, faktor kenaikan kadar faedah dan perang Rusia-Ukraine akan terus menjejaskan aktiviti ekonomi tahun ini di tengah-tengah tekanan inflasi yang berterusan.

Institusi itu turut menaikkan 0.1% lebih tinggi dalam unjuran pertumbuhan 2023 untuk negara maju kepada 1.2%, menurun dari pengembangan 2.7% pada 2022.

Dalam kumpulan G7, ekonomi UK diramalkan paling teruk dengan jangkaan penguncupan sebanyak 0.6%, manakala Amerika Syarikat mungkin berkembang 1.4%.

IMF melihat ‘kemungkinan kecil’ bahawa kemelesetan AS boleh dielakkan pada tahun ini, walaupun kadar pengangguran meningkat 5.2% menjelang tahun depan daripada 3.7% tahun ini.

Selain itu, China dan India dijangka akan menyumbang kira-kira separuh daripada pertumbuhan dunia pada 2023.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat