Imigrasi Ke Amerika Punca Pertumbuhan Ekonomi US – Fed Kashkari

50

Tidak sampai seminggu selepas Presiden Trump mahu mengurangkan imigrasi, Neel Kashkari Presiden Fed cawangan Minneapolis menggesa penduduk South Dakota agar mengalu-alukan imigran ke Amerika Syarikat.

“Mengikut matematik, jika sumber pertumbuhan ekonomi adalah pertumbuhan populasi, dan pertumbuhan populasi yang perlahan adalah disebabkan halangan imigrasi atau anda tidak mempunyai banyak anak, oleh itu pertumbuhan ekonomi akan semakin perlahan.”

Kashkari tidak berseorangan dalam melihat imigrasi sebagai kunci kepada pertumbuhan ekonomi.

Presiden Fed cawangan Dallas, Robert Kaplan seringkali juga menegaskan bahawa imigrasi membantu dalam melonjakkan pertumbuhan tenaga kerja, seterusnya melonjakkan pertumbuhan ekonomi. Kaplan memberi amaran jika halangan kemasukan imigran diteruskan, ia akan memburukkan perbelanjaan pengguna di US. Begitu juga dengan Yellen yang mengutarakan hal ini pada awal 2017.

Ekonomi US sejak beberapa tahun lepas hanya mencatat pertumbuhan ekonomi di sekitar 2% dan dijangka tidak akan melebihi kadar ini dalam jangka masa pendek, kata Fed Bullard pada Isnin.

“Anda mungkin boleh menerima pertumbuhan yang perlahan tetapi anda juga perlu membelanjakan wang yang lebih banyak untuk membiayai anak-anak anda ataupun anda boleh mengalu-alukan imigrasi. Ia adalah matematik,” kata Kashkari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat