‘Tahniah Dato Seri Anwar Ibrahim, esok cuti ke?’
Sebentar tadi Dato Seri Haji Anwar bin Ibrahim sah menjadi Perdana Menteri ke-10 Malaysia, dan bakal mengangkat sumpah pada jam 5 petang nanti.
Ia telah disahkan menerusi titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang disampaikan pegawai Istana Negara selepas waktu tengah hari.
Berita tersebut secara tidak langsung membawa kelegaan kepada pelabur yang selama ini mengasingkan diri ekoran ketidaktentuan politik selepas Parlimen digantung untuk 4 hari berturut-turut.
Hasilnya, indeks FBM KLCI Bursa Malaysia mengalami lonjakan sebanyak 40 mata asas pada 1,483.84 iaitu peningkatan 2% dari pada tengah hari tadi untuk memacu paras dagangan seharian (intraday) terbesar dalam 2 bulan.
Difahamkan bahawa terdapat 725 kaunter catat keuntungan berbanding 206 kaunter catat kerugian dengan volum dagangan memacak 3.48 juta saham bernilai RM1.68 bilion.
Antara yang mencuri tumpuan adalah Axiata naik 28 sen pada RM3.10, Maxis tambah 26 sen pada RM3.92, Digi canak 25 sen to RM4.01, Public Bank raih 19 sen pada RM4.47 dan Maybank maju 16 sen pada RM8.71.
Sementara itu, saham berkaitan politik turut mencanak dengan Advance Synergy naik 11.5 sen pada 29 sen, Mui Industries melonjak 2.5 sen pada 12.5 sen sementara Eden turun 5 sen pada 14 sen.