Impak Covid-19 Kembali Dirasai Negara-negara Asia

236

Momentum aktiviti perkilangan di Asia dilihat melemah pada bulan Jun ketika beberapa negara bergelut dengan kenaikan kos input dan perlaksanaan semula langkah sekatan disebabkan gelombang baru jangkitan coronavirus.

Lonjakan harga bahan mentah telah mendorong kegiatan pembuatan berkembang dengan kadar yang lebih perlahan di China dan Jepun.

Ini dapat dilihat dari indeks pengurus pembelian (PMI) pembuatan rasmi di China yang dikeluarkan pada hari Rabu. Bacaan yang dicatatkan sedikit berubah pada 50.9 pada bulan Jun, dari 51 yang dicatatkan pada Mei.

Kos bahan mentah yang lebih tinggi dan kekurangan cip semikonduktor antara punca yang menyebabkan penurunan eksport di China dan Jepun, yang turut menyaksikan aktiviti kilang berkembang pada kadar paling perlahan dalam empat bulan pada bulan Jun.

Sementara di Vietnam, Malaysia dan India pula aktiviti pembuatan menguncup susulan pengenaan semula langkah penutupan oleh kerajaan untuk membendung penularan baru kes Covid-19.

Indeks PMI pembuatan Malaysia merosot kepada 39.9 pada bulan Jun, iaitu tahap terendah dalam lebih dari satu tahun, daripada 51.3. Vietnam dan India, yang telah bergelut dengan kebangkitan virus baru-baru ini, merosot di bawah tahap 50 yang memisahkan pengembangan dan penguncupan.

Ini menunjukkan bahawa negara-negara tersebut ketinggalan di belakang ekonomi barat dari segi pemulihan, sekali gus menguatkan lagi pandangan bahawa bank-bank pusat serantau tidak mungkin menarik balik rangsangan dalam waktu terdekat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat