Impak Kejutan Data NFP, US Dolar Mengganas!

766

US dolar melonjak lebih tinggi selepas pembacaan data pekerjaan NFP yang dinanti-nantikan menunjukkan bacaan yang sangat memberangsangkan, sekali gus mencetuskan jangkaan untuk pengetatan rangsangan lebih awal daripada Federal Reserve (Fed).

Ekonomi AS tanpa dijangka telah menambah sebanyak 943,000 pekerjaan pada bulan Julai, menyusuli kenaikan 938,000 yang disemak semula pada Jun. Bacaan ini jauh melebihi unjuran pasaran untuk meningkat sebanyak 870,000 pekerjaan.

Sementara kadar pengangguran AS pula menurun kepada 5.4% daripada 5.9%, iaitu jauh lebih baik daripada jangkaan untuk menyusut pada 5.7%. Kadar penyertaan pekerjaan pula meningkat kepada 61.7%.

Seperti yang diketahui, Fed telah menetapkan penanda aras ‘kemajuan besar yang berterusan’ dalam sasaran inflasi dan pekerjaan untuk mula melakukan pengetatan dalam dasar monetarinya.

Susulan itu, dengan pembacaan data yang menunjukkan kemajuan ini, menyebabkan pasaran mula menaruh harapan tinggi untuk bank pusat melakukan pengurangan dalam pembelian asetnya.

Pada pembukaan sesi Asia, indeks dolar diperdagangkan mengukuh di paras ketinggian dua minggu berbanding kebanyakan matawang utama pada 92.90.

Pembacaan yang positif ini juga turut mendorong pasaran saham ditutup lebih tinggi pada minggu lalu, dan memacu hasil perbendaharaan AS 10 tahun untuk kembali meningkat di atas tahap 1.30%.

Matawang yen susut ke paras terendah hampir dua minggu, manakala dagangan euro pula menjunam ke tahap terendah empat bulan susulan lonjakan US dolar yang menyebabkannya didagangkan di sekitar harga 1.17500.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat