Impak Langkah Agresif Bank Pusat, Pasaran Rumah New Zealand Menderita!

145

Kesan daripada langkah agresif bank pusat dalam menaikkan kadar faedah telah memberi impak besar buat pasaran perumahan di New Zealand dan Australia.

Laporan terbaru mendapati nilai rumah di New Zealand mengalami kejatuhan terbesar dalam tempoh lebih 13 tahun pada bulan November, iaitu jatuh 2.9% daripada tahun sebelumnya.

Kadar pinjaman New Zealand telah meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh 18 bulan lalu, dengan kebanyakan kadar tetap kini melebihi 6% dan dijangka terus menokok.

Turut merasai impak yang sama daripada langkah bank pusat adalah Australia yang menyaksikan penurunan 3.2% dalam harga rumah.

Penganalisis berpendapat bahawa nilai perumahan akan terus menjunam di kedua-dua negara itu selagi kadar faedah terus meningkat.

Apa yang menjadi persoalan pada ketika ini adalah sejauh mana bank pusat New Zealand (RBNZ) perlu pergi dalam mengetatkan dasar sehingga mereka bimbang tentang kejatuhan harga rumah dan kemelesetan akan datang.

Ini kerana bank pusat Australia (RBA) telah mula memperlahankan kenaikan kadar faedahnya susulan kekhuatiran terhadap pasaran perumahannya.

Berbeza pula dengan RBNZ yang dalam langkah terbaharunya telah mengambil langkah agresif dengan peningkatan 75 mata asas pada November, membawa kadar semasa ke 4.25%.

Malah, bank itu juga meramalkan kemelesetan pada 2023 kerana kenaikan kadar pinjaman rumah mengekang perbelanjaan isi rumah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat