Impak Sekatan AS Masih Terasa, Saham Supermax Terus Menderita

363

Buat pertama kali sejak Mei 2020, saham Supermax Corp Bhd jatuh di bawah harga RM2 pada sesi dagangan hari ini.

Impak daripada sekatan import oleh Amerika Syarikat masih lagi terasa, menyebabkan pelabur lebih berhati-hati untuk mendapatkan pegangan terhadap saham syarikat sarung tangan itu.

Pada jam 2.45 petang, saham Supermax diperdagangkan pada RM1.93, susulan penyusutan sekitar 4.9% atau 10 sen dengan mempunyai permodalan pasaran bernilai RM5.25 bilion.

Kali terakhir saham itu jatuh di bawah harga RM2 adalah pada 15 Mei 2020, iaitu ketika ia ditutup pada harga RM1.99.

Pada minggu lalu, Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS (CBP) telah mengeluarkan arahan untuk menyekat kemasukan sarung tangan yang dihasilkan oleh anak syarikat Supermax milik penuh Maxter Glove Manufacturing Sdn Bhd, Maxwell Glove Manufacturing Bhd dan Supermax Glove Manufacturing.

Tindakan ini dibuat susulan siasatan CBP yang mendakwa terdapat unsur-unsur penggunaan buruh paksa dalam operasi pembuatan di syarikat itu yang melanggar undang-undang perdagangan AS.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat