Impak Yang Perlu Dihadapi Dunia Akibat Konflik Rusia-Ukraine

1,731

Serangan Rusia ke atas Ukraine telah membawa kepada lebih banyak sekatan dikenakan oleh negara-negara Barat bagi melumpuhkan ekonomi dan ketenteraan Kremlin. Namun, sejajar dengan tindak balas yang diberikan ia boleh memberi impak besar kepada seluruh dunia.

  1. Lonjakan harga tenaga dunia
  1. Bekalan makanan terganggu
  • Rusia dan Ukraine merupakan pengeksport ¼ daripada gandum dunia dan pembekal bijih benih bunga matahari dan minyak.
  • Ukraine juga menjual banyak jagung ke seluruh dunia.
  • Boleh beri impak teruk kepada pembeli di Mesir, Turki dan negara-negara Afrika Utara yang bergantung kepada gandum dan jagung dari rantau ini.
  • Rusia juga salah satu pengeksport baja terbesar dunia.
  • Bekalan yang terjejas boleh mendorong lonjakan harga global.
  1. Pelaburan terjejas
  • Bursa saham Rusia terpaksa digantung perdagangan selepas kejatuhan mendadak dalam pasaran sebanyak 45% susulan serangan ke atas Ukraine.
  • Bank dan syarikat minyak paling teruk terjejas.
  • Turut beri impak pada saham dunia, indeks FTSE 100 UK jatuh lebih 3% sementara indeks Dax Jerman susut hampir 5%. Indeks Dow Jones pula junam 600 mata.
  • Ketidaktentuan geopolitik boleh membawa impak lebih buruk berikutan keyakinan untuk melabur dan berniaga yang semakin berkurang.
  1. Kos sara hidup meningkat
  • Tekanan kenaikan harga dunia menyebabkan rakyat dihimpit oleh kos sara hidup yang meningkat, situasi yang sedang berlaku di Amerika Syarikat dan UK.
  • Jika konflik Rusia-Ukraine berterusan, ia bakal meningkatkan lagi tekanan ini berikutan lonjakan harga makanan dan komoditi yang terkesan akibat bekalan yang terhad.
  • Inflasi yang meningkat juga bermakna bank-bank pusat utama dunia akan menaikkan kadar faedah bagi membendungnya.
  • Ini akan bagi impak lebih besar kepada negara-negara yang masih belum bersedia kerana baru sahaja pulih daripada pandemik Covid-19.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat