Impian Debut Cemerlang Unitrade Musnah Pada Hari Pertama Di Bursa

279

‘Bukan masa yang sesuai untuk buat debut, tak pasal-pasal jadi mangsa keadaan.’

Penampilan pertama Unitrade Industries Bhd, syarikat pemborong bahan binaan, di Bursa Malaysia hari ini sedikit mengecewakan apabila sahamnya susut 26.5 sen (17.19%) berbanding harga tawaran awam pemulaan (IPO) 32 sen.

Ia sejajar dengan keadaan pasaran bearish yang melanda Wall Street sehingga ke wilayah tempatan, sebaik bacaan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan tinggi pada minggu lalu telah mengukuhkan jangkaan pelabur mengenai pengetatan dasar oleh bank pusat.

Ketika sesi pagi, saham Unitrade bermula pada 25 sen dengan 40.93 juta saham didagangkan, sebelum ia naik pada 28.5 sen bersama volum dagangan sebanyak 141.64 juta menjelang 11 pagi, menjadikannya saham paling aktif.

Difahamkan bahawa IPO Unitrade melibakant terbitan awam sebanyak 312.5 juta saham baru yang mewakili 20% modal sahamnya, dan tawaran penjualan sebanyak 125 juta saham sedia ada.

Menurut pemfailan di Bursa, 78.1 juta saham tersedia untuk orang awam, 63.5 juta saham bagi pengarah serta pekerja dan individu dalam syarikat, 117.2 juta dikhas kepada bumiputera yang disokong Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dan baki 53.7 juta lagi untuk penempatan persendirian.

Tambah nota tersebut lagi IPO tersebut bakal menjana RM100 juta, yang mana RM50.5 juta akan digunakan sebagai modal kerja, manakala RM39.8 juta bagi tujuan pembayaran balik, RM5 juta untuk perbelanjaan modal pembinaan fabrikasi paip, dan baki RM4.7 juta dikhaskan untuk perbelanjaan penyenaraian.

Mengulas mengenai penampilan pertama Unitrade yang agak mengecewakan, Pengarah Urusannya Nomis Sim Siang Leng berkata asas perniagaan yang kukuh akan membantu pengembangan syarikat tanpa mengira prestasi harga saham.

Terang beliau, ia adalah masa yang sukar dan kurang sesuai untuk penyenaraian namun melihat kepada prospek jangka panjang, syarikat dipercayai akan terus berkembang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat