Impian Untuk Sambung Pengajian Musnah, Kini Bergelar Jutawan Forex Pada Usia 21 Tahun!

7,445

 

Thembokuhle Shongwe merupakan seorang pemuda berusia 21 tahun yang berasal dari Mpumalanga, Cape Town, Afrika Selatan. Selain itu, beliau sangat meminati bidang perniagaan sejak kecil lagi. Oleh itu, ketika berada di sekolah rendah, Shongwe menjual gula-gula kepada rakan-rakan sekolahnya.

Seterusnya, beliau turut menjual vetkoeks di sekolah menengah Nongweleza. Namun begitu, Shongwe bukanlah individu yang bernasib baik. Gara-gara kesusahan hidup yang dihadapi, beliau terpaksa melupakan impiannya untuk melanjutkan pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi.

Akan tetapi, minatnya terhadap bidang perniagaan semakin berkembang dan beliau tidak berputus asa. Jadi, Shongwe memutuskan untuk bekerja sebagai pelayan di salah sebuah restoran Nandos yang terletak di Durban Central.

Pada suatu hari, Shongwe telah bertemu dengan Jabulani Ngocobo atau lebih dikenali sebagai ‘Mr Cashflow’ yang merupakan seorang forex trader terkemuka. Penampilan Ngocobo yang kelihatan mewah telah menarik perhatian dan menjadi inspirasi buat Shongwe.

Oleh itu, beliau memberanikan diri dengan menyatakan hasratnya untuk mempunyai kehidupan yang lebih baik kepada individu tersebut. Rentetan daripada kesungguhan dan minat yang ditunjukkan, Ngocobo memperkenalkan kepada Shongwe tentang forex trading.

Pertemuan mereka berdua tidak terhenti di situ sahaja. Sebaliknya, Shongwe telah pergi ke pejabat Ngocobo dan mengetahui lebih lanjut tentang urusniaga yang dijalankan oleh sumber inspirasinya itu. Sehubungan dengan itu, Ngocobo memutuskan untuk menjadi mentor Shongwe dalam forex trading.

Berbekalkan semangat dan keazaman yang tinggi, Shongwe mula melibatkan diri dalam forex trading. Pada peringkat awal, beliau menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri. Rutinnya daripada seorang pelayan restoran telah berubah menjadi seorang forex trader sepenuh masa.

Selain itu, beliau telah berjaya memperoleh wang yang banyak dalam tempoh sehari berbanding gajinya yang diperolehi setiap bulan. Keghairahannya terhadap wang menjadikannya seorang yang tamak. Akibat daripada itu, beliau telah mengalami kerugian kesemua wangnya.

Jadi, Shongwe mula belajar daripada kesilapannya. Beliau menegaskan bahawa pada peringkat awal, forex trading merupakan sebuah kerjaya yang sukar. Akan tetapi, dengan menggunakan strategi yang efektif, forex trader boleh mengaut keuntungan berganda.

Di samping itu, beliau mendedahkan kepentingan untuk mempunyai mentor atau ‘trading buddy’ bagi memberikan panduan dan belajar antara satu sama lain. Tambahan daripada itu, Shongwe menyatakan bahawa tiada jaminan untuk sesiapa sahaja mendapat keuntungan dalam forex trading secara kerap.

Kini, Thembokuhle Shongwe telah dikenali sebagai seorang jutawan forex pada usia 21 tahun! Berdasarkan kisah hidup dan pengalamannya, beliau telah menerbitkan sebuah buku yang berjudul ‘The Last Man Standing’.

Tuntasnya, kisah pemuda 21 tahun ini boleh menjadi sumber inspirasi buat semua! Beliau berjaya membuktikan bahawa kemiskinan hidup yang dihadapi bukanlah alasan untuk terus berada di takuk yang lama. Kita mestilah berani untuk melangkah dan mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat