Indeks Dolar Bakal Catat Peningkatan Tahunan Terkecil Sejak 2013?

200

Dolar Amerika terus mencatat kemerosotan ke paras terendah tiga minggu berbanding yen Jepun berikutan peningkatan sentimen pelabur yang telah mengurangkan permintaan terhadap USD sebagai safe-haven dan meningkatkan selera terhadap aset berisiko.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama susut 0.12% kepada 96.67 pada sesi Asia hari ini.

Pada hari Jumaat, indeks dolar telah merekodkan penurunan harian terbesar sejak Mac sekali gus menyebabkan keuntungan yang diraih untuk tahun ini berada di bawah 0.6% berbanding 4.4% yang dicatatkan pada 2018. Jika penurunan ini berterusan, ia bakal mencatat kenaikan terkecil sejak 2013.

Berita-berita positif daripada perjanjian AS dan China telah menggalakkan sentimen risiko dalam pasaran kewangan.

Terbaru dalam perkembangan dagangan, Naib Perdana Menteri China, Liu He dilaporkan telah menerima undangan untuk melawat Washington pada minggu ini bagi menandatangani perjanjian perdagangan fasa 1 dengan Amerika Syarikat.

Dagangan matawang sensitif perdagangan, dolar Aussie dan New Zealand terus mengukuhkan kedudukan tertinggi berbanding US dolar selepas bacaan data PMI pembuatan dan bukan pembuatan China diterbitkan.

Data PMI pembuatan China mencatat bacaan 50.2 pada bulan November seperti mana yang direkodkan pada bulan sebelumnya dan lebih baik daripada jangkaan sebanyak 50.1. Bacaan PMI bukan pembuatan pula merosot kepada 53.5 daripada 54.4 dan sedikit tersasar dari unjuran pasaran.

Pengembangan di atas paras 50 sejak bulan November tanpa diduga, telah mengakhiri penguncupan enam bulan berturut-turut dalam aktiviti perkilangan berdasarkan rangsangan yang dilakukan oleh China untuk meningkatkan permintaan tempatan.

Peningkatan selera pelabur terhadap aset berisiko juga mendorong euro ke paras tertinggi 4 setengah bulan. Tanda-tanda bahawa ekonomi zon Eropah mulai pulih turut mengangkat matawang itu sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat