Indeks Dolar Meningkat, Keluar Dari Paras Terendah 15 Bulan

53

Dolar US meningkat sedikit semalam selepas jatuh ke paras 15 bulan terendah berikutan para pelabur di lihat telah berhenti menjual (shorting) matawang ini sambil menanti data penting NFP yang akan di keluarkan pada hari Jumaat ini.

Indeks Dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain, meningkat  0.08% kepada 92.99 setakat jam 10.50 pagi.

Matawang US berbanding yen pula meningkat 0.16% kepada 110.54 selepas susut di bawah paras terendah tujuh minggu yang lalu.

 

Kekuatan greenback sangat terkesan dengan keadaan semasa politik di Amerika. Di tambah pula dengan laporan data-data ekonomi sebelumnya yang lemah, membuatkan para penganalisa pasaran bertambah ragu dengan kadar masa yang akan di ambil oleh Federal Reserve untuk mula mengetatkan polisi mereka.

Ketua Strategi Barclays Bank Tokyo, Shin Kadota berkata, “Kelemahan dolar US amat ketara, terutamanya jika di bandingkan dengan Eropah, sehingga ada pelabur yang mula membeli semula matawang tersebut menjelang data-data pekerjaan pada hari Jumaat nanti”.

Tambah beliau, “Tetapi ini hanya perubahan sementara sebelum laporan pekerjaan Amerika nanti, namun tren menurun dolar masih kekal”.

AUDUSD pula susut 0.26% kepada 0.7948, manakala NZDUSD susut 0.58 selepas data kadar pekerjaan di sana turun di luar jangkaan walaupun inflasi pendapatan kekal meningkat pada suku tahun kedua.

Antara data lain yang di jangkakan akan memberi impak kepada kekuatan dolar US hari ini adalah laporan pekerjaan dari ADP pada jam 8.15 malam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat